Wednesday, July 22, 2009

3# Tuhan Tolonglah Daku

Save me
Save me from what will engulf this world

Save us

Save us from the end, save us from ourselves

Save me

Save me from what will engulf this world


Just when you thought it was over

The sky turned black and we all fell to Earth (fell to Earth)


Everyone will be washed away

Drowning in the hell that we made

I cannot believe that our end is so near



..Roadrunner United - The End..

Sengaja Kay memasang radio di biliknya sekuat yang boleh pagi itu. Dia tahu yang semua ahli familinya sedang bersarapan di bawah. Ini semua adalah tanda protes tentang kejadian semalam. Pagi ini dia berjanji tidak mahu melihat wajah bapanya kerana menghalang kehendak nafsu mudanya. Sifat rebel anak muda ini makin menebal dalam dirinya.

Setelah selesai bersiap, Kay turun ke bawah dengan wajah yang penuh dengan ketidakpuashatian. Ia seperti sengaja menarik perhatian bapanya yang sedang membaca surat khabar, namun usahanya tidak menghasilkan apa-apa.

Baru sahaja dia melintas depan bapanya untuk menuju ke meja makan, tiba-tiba bapanya bersuara, "Baju apa yang kamu pakai Kay?". Datuk Mega meletakkan surat khabar di atas meja sambil memandang ke arah anaknya. "Baju biasalah bah, nape bah?", jawab Kay acuh taka cuh sambil menuang air kopi ke dalam cawan. "Itu gambar Setan kan?, pergi salin", kata Datuk Mega tegas. Di baju Kay tertera tulisan Iron Maiden dan gambar maskot Eddie yang agak ganas. Memang ramai yang tersalah sangka, Eddie adalah maskot bagi perjuangan muzik Iron Maiden dan ia tiada kena mengena dengan permujaan setan. Ramai yang melatah dengan perkara tersebut, tambahan pula dengan kiasan perjuangan Black Metal dahulu.

Kay agak tertekan dengan bila disuruh begitu. Hendak sahaja dia menerangkan yang baju tersebut tiada kena mengena untuk memesongkan akidah dalam hatinya. Biarpun didikan agamanya agak kurang, tapi dia tetap berpegang pada yang satu. Allah Yang Maha Esa. Mungkin itu juga adalah pesanan terakhir ibunya sebelum Datin Mawar menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Kebencian yang ketara terpancar di muka Kay. Berat badannya melangkah menaiki tangga menuju ke bilik. "Lepas ni ikut abah" kata Datuk Mega. Kay terus melangkah tanpa memandang ke belakang.

**********************************

"Kita kat mana ni bah?", tanya Kay. Di hadapannya sebuah surau usang dihujung sebuah kampung. Tiba-tiba muncul 3 orang anak muda yang lebih kurang sama umur dengan Kay dari muka pintu surau.

"Assalammualaikum Datuk", serentak mereka memberi salam dan menyalam Kay dan bapanya. Tiga orang anak muda ini lengkap berpakaian jubah dan berserban putih. Di tangan mereka terpegang tasbih.

Bapa Kay menerangkan kepadanya yang pemuda-pemuda ini adalah kenalan bapanya semasa bapanya keluar berdakwah. Oleh kerana mereka lebih kurang sama umur dengan Kay jadi bapanya ingin Kay cuba untuk bersama mereka di surau itu untuk beberapa hari.

"Kay, Abah tak paksa Kay. Tapi cuba Kay ikut perlahan-perlahan. InsyaAllah. Kalau ada masalah Kay telefon abah. Abah datang", jelas Datuk Mega. Beliau memang lembut dalam menangani masalah anak-anaknya. Namun dalam kelembutan itu terdapat sedikit ketegasan sebagai seorang penjaga kepada anak-anaknya.

"Takpe bah, Kay cuba", terpacul keikhlasan dari mulut anak muda itu. Mungkin ajakan yang lembut dari bapanya memberi sedikit semangat untuk mencuba. Hilang semua amarahnya pagi tadi apabila melihat surau usang itu.


No comments:

Post a Comment