Tuesday, July 14, 2009

#2 PAPA YANG HILANG

Dengan terjingkit jingkit Kay menuruni tangga. Di jelingnya bilik orang tuanya bagi memastikan mereka sudah tidur. Dia meneruskan niatnya untuk keluar. Entah ape anginnya papanya hari itu, selama ini tak pernah die memperdulikan keluarga, tidak pernah ambil tahu tentang ape yang terjadi tiba tiba pagi ini bapanya naik angin dan memberikan nasihat nasihat ilmiah pada mereka. Mereka kaget dengan tingkah laku ketua keluarga mereka itu. Sambil marah bapanya memberi nasihat dan berbicara hal hal seperti syurga dan neraka. Hampir saja Kay dibaling dengan pinggan berisi Sandwich telur kerana ingin bangun meninggalkan meja, tetapi diselamatkan oleh ibu tiri nya. Lantas Datuk Mega mengarahkan supaya Kay diharamkan dari meninggalkan bilik. Hati Kay bagai dihempas ombak tsunami, matanya berkaca kaca menahan marah. Apa kes nak grounded time malam ni ade konsert berbaloi baloi search. Dah hampir sebulan dia dan rakan rakannya merancang untuk menonton konsert bersejarah itu. Bak kata Rasyid kawan Kay '' Gila ko Pak Cik Amy tu dah tua doh, tak lama lagi nak mampus, bila lagi nak tengok konsert die'' Ikut hatinya mahu saja Kay berperang menentang Datuk Mega, tetapi memandangkan bapanya itu adalah bekas peninju negara dengan ketinggian 183 cm dan berat 120 kilo dia memendamkan hasratnya. Cis...

Kay pelik, sehari sebelum ni bapanya ade mengikuti rombongan TPM bersolat jumaat di nilai, Katanya ade ijtimak di sana. kay pening memikirkan apekah itu ijtimak, fikiran muda mahu enjoy nya tidak dapat menangkap ape itu ijtimak. Di google kan perkataan itu di internet. Akhir terpaparlah IJTIMAK TABLIGH BESAR BESARAN DI NILAI. Hati nya berdegup pantas, berdebar debar seperti PUTRA LRT masa mula mula dulu, mungkin kah papa sekarang sudah menjadi orang tabligh???

Sampai di bawah rumah Kay meraba raba mencari kunci kereta, diraba rabanya seluruh almari mencari kunci keretanya. Lampu memang sengaja tidak dipasang supaya tidak terkantui. Setelah merasakan yang digenggam itu kunci keretanya, di tersengih sambil bersiul siul lagu Gadisku. Terbayang di matanya Amy search sedang menghayun hayun kan kepala sambil menyanyi lagu Aku Amy. Langkahnya semakin pantas. Tiba tiba Ehem ehem...

Perlahan lahan Kay menukar haluannya ke tangga...Setiap langkah dirasakan berat, setiap anak tangga dirasakan seperti ada mata pisau yang tajam dibawahnya....Hancur hatiku mengenang dikau, menjadi keping keping setelah kau per.....Adus. Malam tu Kay tidur bergenang air mata.

No comments:

Post a Comment