Monday, July 6, 2009

1# Prolog

Kay memang tak suka kalau di panggil nama betulnya, Ahmad Qayyum Datuk Mega. Dia segan dengan pangkat ayahnya. Dia lebih senang dengan nama panggilan pendek yang diberi oleh keluarganya dari kecil lagi. Sebab itulah, apabila cikgu di sekolah memanggilnya dengan nama sebegitu, dia tidak akan menyahut.

Ahmad? Qayyum? Ahmad Qayyum? "Sorry la bro, wa tak kenal".

Memang anak remaja ini makin hilang kemelayuannya dalam hidup. Tambahan lagi corak pergaulannya dengan rakan sebaya yang kebanyakkannya datang dari keluarga bergelar korporat. Kay tidak pandai menyuap makan menggunakan tangan kanan. Dia juga tidak pernah mengunakan tandas duduk. Apatah lagi memakan ulam ulaman. Apa yang dia turuti hanyalah cara hidup warga kulit putih yang sentiasa dihidangkan dalam filem-filem atau siaran televisyen.

Apa guna siaran televisyen nasional kalau hanya menunjukkan sikap atau budaya luar berbanding budaya sendiri. Program realiti, drama dari seberang dan banyak program lain yang hanya meruntuhkan bangsa sendiri.

Kay memang anak kedua dari familinya. Kakak sulungnya seorang graduan dari universiti dari luar negara dalam jurusan undang-undang. Kini kakaknya mengelolai syarikat guamannya sendiri bermodalkan dari bapa Kay. Sikap kakak Kay juga tidak jauh beza dari adiknya. Hidup hanya berspesifikasi UK. Bertukar pasangan adalah sangat mudah. Namun begitu, Kay amat tidak menyenangi sikap kakaknya yang sering membawa pulang lelaki kerumah tanpa segan silu. "Macam pelacur!!", getus hatinya.

Mana tidak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Bidalan kata yang sangat sesuai dengan keluarga Kay. Dari perangai kakaknya sendiri boleh disimpulkan perwatakkan bapanya Datuk Mega. Semenjak kematian Datin Mawar semasa melahirkan Kay, Datuk Mega banyak berubah. Beliau sering berhibur tanpa henti. Air setan bagaikan penawar luka mengubati hatinya menghilangkan kerinduan terhadap isteri yang tercinta. Pulang rumah mabuk adalah perkara biasa. Dikiri kanannya pasti diapit beberapa orang wanita sebagai peneman waktu malam. Ahh! Kay tak pernah kisah. Janji bapanya tak pernah lupa tanggungjawab keluarga sudah cukup bagi Kay.

Apa yang Kay senangi dalam hidup hanyalah muzik. Muzik adalah nyawa dalam hidupnya. Tak kisahlah apa jenis atau genre sekali pun, telinga Kay amat sensitif dengan bunyi-bunyian. Walaupun begitu, jiwanya amat cenderung dengan muzik 'Rock'. Ganas, rebel dan penuh dengan luahan perasaan. Mungkin itu yang dicari oleh Kay. Sebuah ketenangan dalam kebisingan. Bising dari hidup, bising dari masalah dan bising dalam jiwa yang penuh kekacauan. Sedar atau tak, muzik juga akan mengubah hidupnya. Buat selama-lamanya..

No comments:

Post a Comment